Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jerebu: Indonesia terus kaitkan syarikat M'sia
Diterbitkan:  Oct 12, 2015 5:30 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Pihak berkuasa Indonesia terus mengaitkan insiden kebakaran hutan di republik itu, yang mencetuskan jerebu di rantau ini, dengan syarikat asing, termasuk Malaysia.

Ketua polisnya Jeneral Badrodin Haiti berkata kejadian di Sumatera Selatan dan Kalimantan itu melibatkan syarikat Malaysia, China dan Singapura, lapor Kompas.

"Syarikat ada yang dalam negeri, ada juga yang pelabur asing. (Ada) dari Malaysia, ada dari China.

“Ada juga dari Singapura, tetapi masih dalam penyelidikan," Badrodin dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Jakarta hari ini.

Badrodin berkata, sehingga hari ini, terdapat 244 laporan diterima mereka berkaitan isu itu.

Sebanyak 12 syarikat dan 209 individu dalam senarai suspek setakat ini, kata polis lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS