mk-logo
Berita
K’jaan naikkan tol bagi bina lebih hospital, sekolah
Diterbitkan:  Oct 12, 2015 11:39 AM
Dikemaskini: 12:55 PM

Kadar tol di 10 lebuh raya akan dinaikkan secara drastik berkuatkuasa Khamis ini kerana kerajaan memutuskan tidak lagi bagi membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terbabit sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.

Menurut Kementerian Kerja Raya, wang berkenaan boleh digunakan bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih banyak hospital, membina lebih banyak sekolah dan sebagainya.

Kenyataan itu juga menyebut kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM1.5 bilion sebagai pampasan kerana tidak membenarkan kenaikan harga tol sejak 2008.

“Kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang lain yang boleh memberi kesan pengganda (multiple effect) kepada ekonomi negara yang seterusnya boleh memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Umpamanya, ia boleh digunakan untuk membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan-jalan sedia ada, menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih sekolah dan sebagainya,” petik kenyataan itu lagi.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS