Goh jumpa Pak Lah bulan depan
Bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membincangkan isu-isu tertunggak apabila beliau melawat Kuala Lumpur bulan depan.
Bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membincangkan isu-isu tertunggak apabila beliau melawat Kuala Lumpur bulan depan.
Goh akan menemui pemimpin Malaysia itu pada 13 Disember dan antara isu yang dibincangkan ialah cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan dua negara dan isu bekalan air mentah ke Singapura, demikian menurut NewsRadio 93.8 hari ini.
Hubungan dua negara itu, yang kerap bergolak sejak Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, kini semakian baik sejak Abdullah mengambilalih pentadbiran negara dari Tun Dr Dr Mahathir Mohamad pada bulan Oktober tahun lalu.
Pertikaian mengenai beberapa isu termasuk harga air mentah yang dijual kepada Singapura, pencerobohan pesawat tentera Singapura ke ruang angkasa Malaysia dan masa depan tanah milik Keretapi Tanah Melayu di Singapura, sering menggugat hubungan kedua negara.
Perutusan khas
Goh yang dilantik sebagai perutusan khas ke Malaysia bulan lalu oleh penggantinya Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata adalah penting bagi kedua negara berjiran bekerjasama.
"Sebab kita dua negara berjiran...maka adalah mustahak untuk kita memahami antara satu sama lain, dan selepas itu, banyak lagi yang boleh kami lakukan bersama," kata Goh.
Goh juga mahu ditingkatkan program pertukaran belia antara Singapura and Malaysia.
"Sejak bertahun-tahun, belia di Malaysia dan Singapura tidak bercampur gaul...jadi juga ada dalam pemikiran saya...bagaimana cara untuk membolehkan generasi muda bercampur gaul," katanya.
Goh, 63, menjadi Menteri Kanan - jawatan nombor dua dalam hirarki politik Singapura - selepas bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada Ogos lalu selepas 14 tahun berkhidmat dan melepaskan jawatan itu kepada anak pengasas Singapura Lee Kuan Yew.
AFP

