Israel bunuh lagi rakyat Palestin di Jerusalem
Tentera Israel menembak dan membunuh dua lagi rakyat Palestin berikutan keganasan yang berlaku selama 14 hari yang telah meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa rakyat Palestin.
Menurut laporan Al Jazeera dan AP, polis Israel melepaskan tembakan kepada seorang pemuda Palestin pada hari Rabu, waktu tengah hari di pintu gerbang Damsyik di Jerusalem.
Laporan itu yang memetik agensi berita The Ma'an memberitahu, pemuda yang ditembak itu berusia 20 tahun dan berasal dari Hebron.
Empat jam selepas kejadian pada hari Rabu itu, polis Israel kemudian menembak dan membunuh seorang lagi pemuda Palestin yang dipercayai berusia 23 tahun di barat Jerusalem yang mana mereka mendakwa pemuda itu merupakan seorang penyerang.
Selain itu, dalam kes kedua, menurut pihak polis Israel, seorang penyerang telah menikam seorang wanita tua Israel sehingga wanita berkenaan mendapat kecederaan yang "sederhana".
Malah penyerang itu juga didakwa cuba membawa lari sebuah bas sehingga menyebabkan pihak polis mengejar, menembak dan membunuh penyerang itu di tempat kejadian.
Berucap buat pertama kalinya kepada rakyat Palestin sejak berlakunya keganasan itu dalam sebuah rakaman televisyen, Presidennya Mahmoud Abbas berkata beliau menyokong tindakan "aman dan popular" yang dilakukan rakyat itu untuk menentang Israel.
Pembunuhan mula berlaku ketika pihak Israel membina pusat pemeriksaan di pintu keluar kejiranan rakyat Palestin di Timur Baitulmuqaddis selepas kerajaan Israel meluluskan langkah-langkah "keselamatan" yang tegas terhadap penduduk di situ.
Keganasan antara Palestin dan Israel meningkat sejak awal bulan ini dan ia mencetuskan kebimbangan terhadap rakyat Palestin berhubung peningkatan jumlah lawatan oleh kumpulan Yahudi yang tetap bertegas untuk masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa.
Walaupun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk mengekalkan status quo yang sedia ada, namun rakyat Palestin bimbang sekiranya lawatan yang dilakukan kumpulan Yahudi itu menandakan peningkatan pertama terhadap pelan untuk menyekat kompaun terhadap bahagian umat Islam dan Yahudi.
Mereka yang terbunuh dalam keganasan itu merupakan penyerang tetapi kebanyakkan daripadanya merupakan penunjuk perasaan atau pembaling batu yang ditembak mati oleh tentera Israel semasa protes dilakukan.
Selain itu, tujuh rakyat Israel juga telah terbunuh.

