Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
C4: Panel bebas siasat 1MDB akan pulihkan keyakinan
Diterbitkan:  Oct 16, 2015 10:25 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Sebuah NGO menggesa supaya dijalankan satu siasatan bebas sepenuhnya terhadap skandal 1MDB untuk menjamin keyakinan penuh orang ramai.

"Pembentukan sebuah panel bebas, bertujuan untuk menyediakan penilaian berasingan dan tidak berat sebelah terhadap hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 1MDB, akan memberi kekuatan profesional kepada penemuan ini, dan mengikis keraguan terhadap pengaruh eksekutif ke atas hasilnya.

"Kami juga menyeru pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB untuk disusun semula, dan bagi agensi-agensi yang terlibat untuk menjelaskan statusnya, kerana Peguam Negara dan SPRM telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza mengenai perkara itu," kata Pengarah Pengasas Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (C4), Cynthia Gabriel.

Beliau membuat gesaan itu ekoran pendedahan berterusan tentang dakwaan salah laku dalam urusan dana pelaburan Kementerian Kewangan itu dan dakwaan1MDB sendiri bahawa ia tidak lagi sedang disiasat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS