Pengusaha kasino Britain, Stanley Leisure berkata pihaknya telah mewujudkan usahasama dengan konglomerat Malaysia, Genting Berhad untuk memajukan kasino wilayah di Britain, dalam usaha meningkatkan penguasaannya dalam industri perjudian di negara itu.

Genting, yang juga meningkatkan pegangan saham dalam Stanley Leisure daripada 2.8 kepada 9.1 peratus, juga akan bersama firma Britain itu dalam usaha memperkembangkan lagi perniagaan kasino wilayah di negara itu.

Tan Sri Lim Kok Thay, Pengerusi Genting International anak syarikat Genting berkata dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London berkata: "Kami gembira untuk menjadi pemegang saham yang besar dalam Stanley Leisure.

"Kami mahu menjadi rakan niaga yang komited dan strategik untuk mewujudkan nilai bagi semua semua pemegang saham."

Pada bulan September, Genting memeteraikan perjanjian untuk membeli sebuah kasino eksklusif di London Maxim daripada Gala Group yang merupakan salah sebuah syarikat perjudian terbesar di Britain.

Genting International, yang disenaraikan di Bursa Saham Luxembourgh, adalah anak syarikat Genting Berhad yang terbabit dalam banyak bidang perniagaan termasuk penjanaan tenaga, hartanah, kertas serta minyak dan gas.

Pengusaha kasino asing sedang bersaing untuk menguasai industri perjudian di Britain, berikutan berikutan langkah untuk melonggarkan undang-undang yang mengawal industri tersebut.

Pelabur strategik

Pindaan kepada undang-undang di Britain itu akan memboleh orang ramai berjudi jumlah wang yang tidak dihadkan di kasino-kasino baru.

Slot mesin dan meja roulette akan disediakan di dewan permainan bingo dan di kedai-kedai judi, manakala kasino pula boleh beroperasi 24 jam sehari.

Kaki judi juga tidak perlu lagi menunggu 24 jam lebih awal, untuk membuat pertaruhan.

Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Stanley Leisure, Bob Wiper menolak kemungkinan Genting akan mengambilalih operasi syarikatnya, kerana katanya, syarikat dari Malaysia itu sudah berpuashati menjadi sebagai rakan pelabur strategiknya.

"Mereka tidak pernah menyatakan sebarang minat untuk mengambilalih...Bagi saya, mereka tidak berbuat berbuat demikian...sama ada sekarang atau pada masa depan," katanya.

AFP