Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Cuba di mana pihak berkuasa negara komunis itu berkata kedua-dua negara berkongsi pandangan yang sama mengenai pelbagai isu.

Raul Castro, adik dan bakal pengganti Presiden Fidel Castro, menyambut ketibaan Abdullah selepas pesawatnya mendarat di Havana kira-kira waktu 2000 GMT.

Kedua-dua mereka kemudian dibawa dengan kenderaan rasmi ke ibu negara Cuba tanpa membuat sebarang kenyataan.

Pada hari Rabu, akhbar kerajaan, harian Granma berkata:"Ia membuktikan bahawa kedua-dua negara sekata mengenai persoalan pelbagai hala dan isu-isu global."

Katanya, lawatan Abdullah itu mencerminkan 'pentingya kedua-dua negara menyumbang ke arah menguatkan lagi hubungan dua hal dan memperkukuh kerjasama untuk kepentingan bersama."

Abdullah juga dijadual mengakan perbincangan dengan presiden Cuba itu, yang terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda selepas beliau tergelincir dan cedera di lututnya.

Lawatan pertama

Abdullah telahpun mengadakan lawatan ke kepulauan Caribbean itu sewaktu menjadi menteri luar pada 1998, tetapi ini merupakan lawatan pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Beliau diiringi oleh Menteri Perladangan, Industri dan Komoditi, Datuk Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shafie Salleh; Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Joseph Salang Gandum.

Castro, yang mengetuai satu-satunya negara komunis di dunia Barat, kali terakhir melawat Malaysia pada 2003 untuk menghadiri Sidang Kemuncak NAM dan sebelum itu pada Mei 2001.

- AFP