Jerebu: 2,528 sekolah diarah tutup esok
Sejumlah 2,528 sekolah di kawasan terjejas jerebu ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat diarahkan tutup esok.
Sekolah terlibat ialah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu (Sarawak); Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan Tanjung Malim (Perak) serta Kuala Muda dan Yan (Kedah).
Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya hari ini berkata penutupan itu melibatkan 1.73 juta murid.
Sementara itu, sekolah di Melaka; Negeri Sembilan; Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak (Sabah); Muar, Ledang, Segamat (Johor) yang ditutup hari ini dibuka seperti biasa esok.
Setakat pukul 5 petang tadi, 25 kawasan masih mencatat bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu Pelabuhan Klang (178), Shah Alam (160), Kuala Selangor (140) serta Banting dan Petaling Jaya (134).
Kawasan lain ialah Sek Keb Jalan Pegoh, Ipoh dan Batu Muda, Kuala Lumpur (127), Seri Manjung (124), Jalan Tasek, Ipoh (120), Sungai Petani (119), Tanjung Malim dan Putrajaya (118), Tawau, Port Dickson dan Jerantut (114), Perai (113), Bukit Rambai dan Kuala Terengganu (112), Seremban (111), Cheras, Kuala Lumpur (109), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (108) dan Alor Setar, Nilai (107), Taiping (103) dan Bandaraya Melaka (102).
- Bernama
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
