Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin BERSIH Sabah didakwa anjur himpunan haram
Diterbitkan:  Oct 21, 2015 12:47 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Naib Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) Sabah, Jannie Lasimbang hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu Sabah mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA).

Dia yang ditemani beberapa pengikut hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu kira-kira jam 8.30 pagi tadi untuk mendengar pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Beliau didakwa gagal memberikan notis wajib 10 hari sebelum perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan di Kota Kinabalu pada 29 Ogos dan 30.

Jannie, 53, dituduh menerusi dua pertuduhan utama dan dua pertuduhan pilihan, masing-masing mengikut Seksen 10 (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 15 (3) akta yang sama.

Kedua-dua pertuduhan boleh dihukum RM10,000 jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam satu kenyataan media hari ini, BERSIH berkata Jannie adalah individu pertama yang didakwa di bawah akta itu selepas Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa keperluan memberikan notis 10 hari mengikut Seksyen 9 (5) adalah sah.

“BERSIH menyifatkan pendakwaan terpilih ke atas Jannie dan barangkali beberapa aktivis lagi adalah sebahagian daripada usaha untuk terus menakut-nakutkan orang ramai daripada menyatakan bantahan salah laku pihak berwajib.

“BERSIH turut melihat pendakwaan ini sebagai satu lagi serangan ke atas hak membantah, dan rakyat Malaysia yang telah menyatakan sokongan mereka terhadap hak membantah melalui perhimpunan BERSIH 4 akan terus berjuang menegakkan hak membantah,” petik kenyataan itu.

Menurut NGO pemantau pilihan raya itu, Jannie juga sudah disoal siasat oleh polis selepas perhimpunan BERSIH 4 berakhir, bersama-sama dengan penganjur lain, sukarelawan dan mereka yang berucap.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS