1MDB akan jawab Tony Pua dalam siasatan PAC
1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersedia menjawab segala pertanyaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sewaktu siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Kami tidak sabar untuk menjawab Tony Pua - setiap proses berkaitan serta dengan semua bukti sokongan, pada siasatan PAC akan datang," kata syarikat itudalam kenyataan semalam.
1MDB juga berkata ia telah mengemukakan dokumen syarikat yang sahih termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengarah kepada pihak berkuasa yang melakukan siasatan seperti polis dan Ketua Audit Negara.
"Ketua Audit Negara juga telah mengesahkan laporan akhir akan siap sebelum akhir tahun ini," katanya.
Syarikat itu menjelaskan laporan akhir berkenaan akan diserahkan kepada PAC yang Pua merupakan anggotanya, sebelum jawatankuasa itu membentangkan hasil siasatan mereka kepada Parlimen.
Semua maklumat berkaitan akan dibuka kepada awam selepas ia dibentangkan di Parlimen, katanya.
"1MDB kekal fokus memberikan kerjasama kepada pasukan siasatan pihak berkuasa," katanya.
- Bernama
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.