Jerebu: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Langkawi ditutup
Diterbitkan: Oct 22, 2015 9:48 AM | Dikemas kini: Oct 22, 2015 9:52 AM
Penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dibatal dan dijadualkan semula berikutan penutupan landasan sejak 7 pagi tadi akibat jerebu.
Manakala landasan Lapangan Terbang Langkawi ditutup sejak pukul 7.30 pagi ini selepas jarak penglihatan terhad sehingga 550 meter akibat jerebu, lapor Bernama.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Langkawi mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 230 manakala IPU di Alor Setar ialah 218 - kedua-dua pada tahap sangat tidak sihat.

