Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan bertegas, Gani dilucutkan atas fakor kesihatan
Diterbitkan:  Oct 22, 2015 11:44 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

PARLIMEN Kerajaan menegaskan bahawa perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan pada 27 Julai adalah atas sebab-sebab kesihatan.

"Penamatan perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara adalah atas sebab-sebab kesihatan.

"Namun begitu, beliau masih lagi berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dalam jawapan bertulis parlimen.

Nancy yang bertanggung jawab atas portfolio undang-undang menjawab bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung soalan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) yang mahu tahu rasional di sebalik pemecatan Gani sebagai Peguam Negara.

"(Sila) nyatakan rasional kerajaan menamatkan perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara secara tergesa-gesa pada 27 Julai lalu sedangkan beliau sememangnya akan bersara pada 6 Oktober?" soal Sivarasa.

Gani dikatakan menghidap sejenis penyakit yang telah memberi kesan kepada buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.

Beliau ditamatkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara sehari sebelum Najib merombak kabinetnya dengan menngugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri serta memecat seorang lagi menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga adalah naib presiden Umno.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Gani disingkirkan kerana dikatakan semakin hampir selesai menyiasat skandal 1MDB dan juga wang RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

Najib menafikan sebarang salah laku dan mendakwa tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi.

Lihat Komen
ADS