Kementerian Kewangan nafi 1MDB pinda penyata kewangan

   

PARLIMEN | Syarikat pelaburan negara 1MDB tidak membuat sebarang pindaan kepada kenyataan kewangannya yang telah diaudit bagi tahun berakhir 2014, kata Kementerian Kewangan.

Ia berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), yang meminta penjelasan sama ada 1MDB telah meminda penyata kewangan yang telah diaudit.

Pua ditanya sama ada kenyataan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah berbeza dengan yang lebih awal difailkan.

Soal ahli parlimen DAP itu, adakah pindaan termasuk menukar istilah "substantially utilised" atau digunakan dengan ketara kepada "substantially set aside" atau bermaksud ketara mengetepikan.

"1MDB hanya memfailkan satu set penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Mac, 2014 tanpa sebarang pindaan kepada Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM)," kata kementerian itu.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In