Jurang pendapatan isi rumah purata di antara masyarakat Cina dan bumiputera semakin kecil sejak beberapa tahun lalu, kata Pengarah Eksekutif, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Zakariah Abdul Rashid.

"(Jurang) mengecil dari masa ke masa, tetapi pada kadar yang sangat perlahan. Ia semakin bertambah baik, tetapi tidak memuaskan bagi semua orang," kata Zakariah.

Sebenarnya, jelasnya, jurang pendapatan isi rumah adalah lebih ketara ketika zaman awal kemerdekaan negara.

"Semuanya bermula pada zaman Merdeka. Jurang itu sudah ada, dan sebenarnya ia adalah lebih besar ketika itu," katanya.

Zakariah berkata demikian ketika mengulas statistik kerajaan semalam, yang mendedahkan bahawa jurang pendapatan isi rumah purata adalah paling luas antara China dan bumiputera, iaitu pada kadar 38 peratus.

[Baca berita penuh]