Malaysia sekali lagi berada di kedudukan atau 'ranking' terbawah dalam senarai Indek Kebebasan Akhbar yang diterbitkan oleh Freedon House yang berpejabat di Washington, yang turut menyenaraikan 193 negara lain di dunia.

Daripada jumlah tersebut, Malaysia berada di tangga 154 bersama-sama hampir 40 negara Asia Pasifik yang lain. Kedudukan itu juga meletakkan Malaysia 19 anak tangga di bawah Singapura.

Melalui tinjauan Freedom House itu, negara-negara terbabit negara-negara terbabit dikategorikan sebagai 'bebas', 'separuh bebas', atau 'tidak bebas', berdasarkan 'kebebasan pengaliran maklumat'.

Tujuh puluh satu negara, termasuk Malaysia dan Singapura, telah dikategorikan sebagai 'tidak bebas, 73 negara (bebas) dan 49 negara lagi sebagai "separuh bebas".

Di kalangan negara Asia, Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik daripada Brunei (161), Laos (179), Vietnam (179), Burma (190), China (173) dan Korea Utara (193), iaitu sebuah negara yang dianggap paling buruk dari segi amalan kebebasan akhbar.

Negara-negara jiran yang kedudukannya lebih tinggi dari Malaysia ialah Thailand (88), Indonesia (117) dan Filipina(75).

Peningkatan kebebasan media

Bagaimanapun, masih ada juga berita baik. Tinjauan Freedom House mendapati kadar kebebasan akhbar di Malaysia semakin baik daripada tahun sebelumnya, kerana di segi markah yang diberikan, Malaysia memperolehi 69 daripada 100, berbanding 71 daripada 100 pada tahun lalu.

(Sedikit markah yang memperolehi bermakna lebih besar skop kebebasan akhbar yang wujud di negara terbabit. Begitulah sebaliknya).

Penilaiannya dibuat dengan mengambilkira aspek perundangan, politik dan struktur ekonomi serta alam sekitar yang menentukan media industri di negara terbabit.

Antara tanda positif yang disebut oleh Freedom House dalam laporannya mengenai Malaysia ialah semakin meningkatnya kepelbagaian pandangan yang terkandung dalam laporan media-media dalam talian serta lamanweb berita independen yang tidak dikawal oleh Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Freedom House bagaimanapun tidak menyatakan sama ada perkembangan positif menjadi penyumbang utama kepada kedudukan Malaysia yang bertambah baik tahun ini.

Freedom House juga tidak menyatakan kedudukan Malaysia dalam Indek Kebebasan Akhbar bagi tahun sebelumnya (2002) untuk dibuat sebarang perbandingan.

Serbuan

Kedudukan Malaysia yang rendah itu turut dicerminkan di dalam satu lagi index kebebasan akhbar yang dikeluarkan bulan oleh Badan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang beribupejabat di Paris.

Mengikut laporan RSF itu, kedudukan rendah itu adalah disebabkan wujudnya dasar-dasar kawalan media dan kawalan penyiaran berita oleh pemilik-pemilik media sendiri yang setia kepada kerajaan.

Penilaian yang sama juga dibuat oleh Freedom House, yang melaporkan dua kejadian yang menunjukkan kawalan kerajaan terhadap media di Malaysia, termasuk serbuan polis ke pejabat malaysiakini Januari lalu, menyoalsiasat wartawannya dan merampas komputernya.

Satu lagi kejadian ialah pemecatan Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Tan Sri Abdullah Ahmad, selepas beliau dikatakan menulis satu rencana yang menggesa supaya dibawa pembaharuan dalam kerajaan Arab Saudi.