Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siapa kendalikan SRC International, soal Pua
Diterbitkan:  Oct 22, 2015 1:13 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Meskipun kenyataan SRC International semalam mendakwa bahawa tiada dananya yang disalahgunakan tetapi bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua jawapan itu tidak memadai.

Sebaliknya, hari ini, beliau melemparkan lebih banyak soalan.

"Kami mahu Kementerian Kewangan menjelaskan, siapa sebenarnya yang sedang mengendalikan SRC hari ini?

"Siapa sebenarnya yang menjalankan 'siasatan dalaman' dan lebih menarik lagi, siapa yang menulis dan meluluskan kenyataan media itu?" kata Pua pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Katanya, pegawai kanan SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin yang ‘dikehendaki’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan dikatakan tidak dapat dikesan.

"Adakah barisan pengurusan baru kini mengendalikan SRC Adakah identiti mereka ini rahsia juga?" soalnya.

SRC dalam kenyataannya semalam berkata bahawa siasatan dalaman syarikat milik kementerian kewangan itu mendapati tidak ada dananya disalahgunakan.

Ia berhubung dana RM42 juta milik SRC yang didakwa disalurkan kepada anak syarikat dan kemudiannya ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka harus jelaskan ke mana dan tujuan wang itu digunakan.

"Jika tiada justifikasi, rakyat Malaysia hanya boleh membuat kesimpulan bahawa ia adalah pecah amanah dan penyelewengan," kata Pua lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS