Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mendapati Indeks Sentimen Pengguna (CSI) jatuh ke paras terendah iaitu pada 70.2 mata pada suku ketiga tahun ini.

Sebelum ini, rekod terendah adalah 70.5 mata, pada suku kedua tahun 2008.

Pendapatan isi rumah yang semakin mengecil dikatakan punca indeks itu jatuh manakala rekod tertinggi 47 peratus melaporkan kewangan yang lebih rendah.

Semua ini menyebabkan rancangan perbelanjaan isi rumah ditangguhkan, kata Pengarah Eksekutif MIER Zakariah Abdul Rashid pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Zakariah berkata, rakyat bimbang mengenai peluang pekerjaan dan sama ada perkerjaan mereka akan terjamin.

"Kerisauan adalah paling tinggi di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan isi rumah bandar.

"Ramai pengguna menjangkakan keadaan kewangan mereka menjadi lebih teruk tidak lama lagi," kata Zakariah.

[Baca berita penuh]