Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa hari ini membidas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kerana menuduh seorang eksekutif pelaburan firma itu bersubahat dalam skandal majlis hartanah Australia.

Annuar berkata hanya kerana eksekutif itu ada kaitan dengan syarikat yang terlibat sebelum menyertai MARA, ia tidak bermakna beliau bersalah.

"Contohnya, ada seorang dalam PKR disabitkan kesalahan homoseksual.

"Boleh ke kata YB Pandan (Rafizi) lakukan jugak benda itu ‘by association’?" soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pengerusi MARA itu merujuk kes Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini merengkuk di penjara Sungai Buluh setelah didapati bersalah meliwat.

Annuar juga mempertahankan eksekutif MARA berkenaan dengan berkata tiada seorang daripada mereka yang telah didakwa.

[Baca berita penuh]