Pemuda Gerakan anggap gaji buta buat Kit Siang
Ketika wakil BN di Dewan Rakyat melihat anggota parlimen veteran DAP Lim Kit Siang dihukum melalui penggantungannya, Pemuda Gerakan pula berpendapat sebaliknya.
Malah, bagi ketua sayap itu Tan Keng Liang, tindakan itu ibarat memberi cuti berbayar kepada wakil Gelang Patah itu.
Beliau bagaimanapun setuju Lim harus berdepan akibat atas tindakannya yang dikatakan menghina speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Hukuman?” soal Tan di Twitter.
Beliau sebelum itu menulis: " You fools just gave Lim six months of holiday plus gaji buta."
Selepas undian, Lim digantung kehadiran ke parlimen selama enam bulan kerana didakwa menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sewaktu menyampai ucapan terakhirnya, Lim menegaskan tidak berniat untuk menghina Pandikar apatah lagi beliau cukup berpengalaman dengan lebih 40 tahun sebagai anggota parlimen.
Beliau turut menyifatkan dirinya sebagai "mangsa terbaru" daripada membahaskan dakwaan skandal 1MDB.
Sejak bila mereka percaya PM?
Sementara itu, mengulas usul tidak percaya yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail (
gambar
), Tan melontarkan soalan sinisnya.
“Undi tidak percaya ketua pembangkang terhadap PM... Sejak bila pembangkang yakin dengan kerajaan atau PM?
“Usul bodoh!” katanya.
Selepas kucar-kacir di kalangan pembangkang sebelum ini, Azizah hari ini memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.