Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saintis: Tiada penawar untuk pening akibat alkohol
Diterbitkan:  Oct 22, 2015 3:46 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Minum banyak air untuk menghilangkan pening kepala akibat minuman keras rupa-rupanya hanya sebuah mitos.

Sebaliknya, saintis mendapati gejala itu sebenarnya tidak dapat dihindari, lapor Independent .

“Banyak orang, termasuk saya sendiri, membesar dengan berfikir kamu perlu minum banyak air antara minuman keras untuk mengurangkan pening.

“Sebenarnya langkah itu baik untuk mengurangkan minum. Tetapi ia nampaknya tidak kurangkan pening,” kata Profess Kypros Kypri, felo penyelidik kanan di Universiti Newcastle, Australia.

Saintis sehingga hari ini masih tidak jelas berhubung apa yang menyebabkan seseorang sakit kepala selepas minum minuman keras.

Tetapi metabolisme setiap orang berbeza, yang mempengaruhi bagaimana tubuh memproses alkohol dalam badan.

Sementara itu, terdapat juga laporan bahawa dakwaan pening akibat minuman keras boleh disembuhkan, hanya mitos.

Cuma, menurut lama web NHS, ia dapat diatasi.

“Cara terbaik untuk atasi pening-pening adalah dengan tidak minum arak,” menurut laman itu lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS