Arul Kanda: Saya hanya sentuh fakta

   

Presiden 1MDB berkata Arul Kanda Kandasamy berkata beliau tidak akan melayan dakwaan atau kenyataan palsu pihak ketiga yang tiada akses kepada dokumen atau akaun bank syarikat itu.

Sebaliknya, kata Arul Kanda beliau hanya akan menyentuh perkara yang mempunyai fakta sahaja.

Dalam wawancara bersama Financial Times, harian kewangan terkemuka United Kingdom, Arul Kanda berkata 1MDB menunjukkan kemajuan yang baik.

Katanya, syarikat itu sudah menebus AS$1.4 bilion unit dalam bentuk tunai dan dana kekayaan negara (SWF) akan membayar bakinya dalam bentuk pertukaran hutang kepada aset.

Ini, katanya, ke arah menjana tunai yang diperlukan untuk membayar modal dan faedah hutang, dengan menjual tanah bernilai lebih dari RM1 bilion dan rundingan melepaskan sebahagian daripada aset tenaganya.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In