Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Saya punya cara, dan berkesan
Diterbitkan:  Oct 22, 2015 8:18 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan membentangkan belanjawan 2016 esok mendedahkan beliau sudah mempunyai rancangan.

“Saya ada rancangan, dan rancangan ini berhasil,” katanya melalui kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini.

Beliau berkata belanjawan 2016 akan mempertingkat taraf hidup semua rakyat Malaysia, dan langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020 dan status negara membangun.

“Masa depan dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia menjadi keutamaan saya,” katanya yang juga menteri kewangan.

Najib, yang sedang berdepan kemungkinan penyingkiran melalui undi tidak percaya di parlimen, berkata kerajaan sedang menyelamatkan ekonomi yang berdepan cabaran persekitaran global.

Menyedari pada hakikat kejatuhan harga minyak dan gas, Najib mengetengahkan beberapa langkah proaktif kerajaan.

Ia dirangka bagi mengurangkan kesannya, terutamanya untuk memperlahankan kesan terhadap ekonomi yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

“Dua perkara kita telah lakukan untuk mempercepat pemulihan, iaitu memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan merasionalisasikan subsidi.

“Keputusan ini menjadi penyelamat kita,” katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS