Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Infografik belanjawan di bawah Najib sebagai PM
Diterbitkan:  Oct 23, 2015 7:13 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

Belanjawan dibentang Datuk Seri Najib Razak hari ini adalah yang ketujuh dibentangkan beliau sejak menjadi perdana menteri.

Malaysiakini mengumpul data untuk melihat bagaimana perbezaan sepanjang tempoh tujuh tahun berkenaan.

Untuk pertama kali, beliau membentangkan bajet menyusut bernilai RM267.2 bilion berbanding RM273.9 bilion pada Belanjawan 2015.

Keadaan itu berlaku ekoran kemerosotan perolehan kesan kejatuhan harga komoditi.

Create line charts

Menariknya perbelanjaan pembangunan terus meningkat walaupun peruntukan untuk sektor itu lebih kecil - RM50.5 billion atau 18.4 peratus daripada belanjawan keseluruhan tahun ini kepada RM52 bilion tahun depan.

Perbelanjaan pembangunan di bawah Najib menurun drastik sejak 2010 pada 27.8 peratus daripada keseluruhan belanjawan kepada 17.6 peratus pada 2014, namun ia semakin pulih sejak itu.

Create pie charts

Malaysiakini juga mengumpulkan data kementerian utama sejak Najib menjadi perdana menteri.

Untuk Belanjawan 2016, Kementerian Pendidikan masih mendapat peruntukan besar namun Kementerian Pengajian Tinggi memperlihatkan pemotongan ketara sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu Jabatan Perdana Menteri juga menerima peruntukan lebih tinggi dalam bajet kali ini.

Create your own infographics


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS