Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Najib boleh selesaikan isu RM2.6 dengan pulangkan derma’
Diterbitkan:  Oct 26, 2015 10:57 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh menamatkan kontroversi ‘derma’ RM2.6 bilion yang didakwa diterimanya dari Asia Barat jika beliau mengembalikan wang itu.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, beliau akan mencadangkan langkah itu sekiranya tidak digantung dari Parlimen.

"Saya akan nasihatkan Najib suapaya membayar balik 'derma' RM2.6 bilion kepada Perbendaharaan sebagai cara menyelesaikan skandal derma RM2.6 bilion itu ketika perbahasan bajet 2016 sekiranya Dewan Rakyat tidak menggantung keahlian saya selama enam bulan .

"Saya percaya cadangan tersebut akan mendapat sokongan bukan sahaja daripada rakyat Malaysia, tetapi majoriti daripada tiga juta ahli Umno.

"Adakah mana-mana ahli parlimen BN atau Umno berani membuat sebarang cadangan kepada Najib pada perbahasan Parlimen mengenai Bajet 2016," soal Lim.

Beliau mengulas sentimen anti-Najib yang diluahkan oleh 13 ketua cawangan Umno Negeri Sembilan yang bagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai mewakili hanya minoriti dalam Umno.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS