Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tolak wujudkan semula ISA buat masa ini
Diterbitkan:  Oct 26, 2015 11:30 AM
Dikemaskini: 3:33 AM

PARLIMEN Harapan seorang ahli parlimen BN yang mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihidupkan semula tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan semula undang-undang itu sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

"Pada masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan semula ISA.

“Ini adalah kerana undang-undang sedia ada yang digubal pada ketika ini adalah mencukupi dalam mencegah kegiatan jenayah berat di negara ini."

Nancy berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kemungkinan membawa kembali undang-undang itu.

"Akta tersebut (ISA) dianggap undang-undang paling relevan bagi menangani jenayah berat di megara ini," kata Rahman.

ISA telah mempunyai sejarah yang panjang dan sering disalahgunakan untuk menyekat perbezaan pendapat politik.

Najib memansuhkan ISA pada tahun 2011 tetapi sejak itu menggantikannya dengan pelbagai undang-undang lain termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota).

Bagaimanapun masih ada yang menggesa supaya mewujudkan semula ISA khususnya semasa perhimpunan perkauman ‘baju merah’ 16 September lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS