Mahakamah tolak permohonan ikat jamin Khairuddin, Chang

Hafiz Yatim        

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menolak permohonan ikat jamin bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang yang dituduh mensabotaj perkhidmatan perbankan serta kewangan negara.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin, berkata pihaknya akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung tiga soalan yang diajukan pada 3 November, Selasa depan.

Peguam Zainur Zakaria yang mewakili Khairuddin dan Chang yang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, memohon ikat jamin atas alasan bahawa tiada kepastian bahawa tuduhan terhadap anak guamnya mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Chang juga menyoal mahkamah apa kesalahan mereka dengan membuat empat laporan polis di luar negara serta pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland dan bagaimana ini menjejaskan perkhidmatan perbankan di Malaysia.

Di sebalik rayuan daripada Chang yang juga seorang peguam dengan pengalaman 39 tahun, mahkamah tetap menolak permohonan itu.

Mahkamah Tinggi juga menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes di mana tarikh perbicaraan boleh ditetapkan.

Walau bagaimanapun, ini akan bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung tiga persoalan undang-undang yang dikemukakan.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In