Isu plakad: 'PAS membangkang dengan beradab'

Kow Gah Chie        

Anggota parlimen PAS tidak mempamerkan plakad "Mana RM2.6 bilion?" selepas pembentangan belanjawan 2016 kerana mempunyai pendekatan lain.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu pemberita di luar Dewan Rakyat bahawa mereka membangkang secara “beradab”.

Dalam kejadian Jumaat lalu, terdapat anggota parlimen PAS kelihatan tidak mengambil pendekatan sama dengan rakan pembangkang daripada Pakatan Harapan.

Bagaimanapun terdapat juga wakil rakyat Mereka turut mengangkat plakad itu bersama wakil PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), seperti Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Pemimpin kerajaan mengecam tindakan itu dengan alasan kebudak-budakan.

Terdapat juga pemimpin PAS mengulas isu itu dengan nada sama, termasuk Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Dalam konteks lebih besar, insiden itu menggambarkan kegagalan muafakat pembangkang dalam menyatakan bantahan mereka dalam sesuatu itu.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In