Peguam Najib tunggu jawapan WSJ
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata beliau sedang menunggu jawapan daripada peguam yang mewakili akhbar The Wall Street Journal mengenai sama ada mereka akan memohon Akta Ucapan Amerika atau 'Securing the Protection of our Enduring and Established Constitutional Heritage - SPEECH Act' dalam membela diri.
Hafarizam berkata, beliau menasihati anak guamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menangguhkan keputusan meneruskan saman terhadap akhbar itu sehingga ada jawapan.
"Kami telah menulis kepada peguam WSJ dua minggu lalu untuk mereka menjawap ya atau tidak berhubung soalan kami.
"Kami perlu tahu sama ada mereka akan menggunakan Akta Ucapan sebagai pembelaan dan meletakkan asas asas untuk kes ini," katanya.
Dalam satu artikel bertarikh 2 Julai, WSJ melaporkan maklumat yang diperolehi penyiasat Malaysia yang memeriksa 1MDB mendakwa terdapat dana berjumlah US$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke akaun yang didakwa milik peribadi perdana menteri.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.