Polis selesai siasat dua kes provokasi

   

Polis telah menjalankan siasatan ke atas dua insiden provokasi semasa perhimpunan BERSIH 4 dan demonstrasi ‘baju merah’, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kes berkenaan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya.

Kejadian adalah berkaitan pada perhimpunan BERSIH apabila ada peserta yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala ketika demo ‘baju merah’ penunjuk perasaan membakar patung pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

“Kertas siasatan (berhubung insiden BERSIH) telah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya pada 17 September 2015 untuk arahan selanjutnya.

"Kertas siasatan (berhubung demo baju merah) telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya pada 13 Okober 2015 untuk arahan lanjut," katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan niat untuk menyebabkan ketakutan kepada orang ramai.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang meminta penjelasan berhubung siasatan kedua-dua kejadian itu.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In