Nazri tolak dakwaan rancangan pecat Muhyiddin

Zikri Kamarulzaman        

Pemimpin pusat Umno Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos bahawa terdapat rancangan untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Itu pandangan dialah. Dia bukan orang penting sangat.

“Kalau nak tanya, tanyalah orang lain komen tentang negara kita, (macam) ketua pembangkang ke. Ini tak ada apalah,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini ini.

Beliau mengulas dakwaan Jamal bahawa sekurang-kurangnya 100 pemimpin Umno menyokong usul memecat Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam Umno.

Langkah itu susulan kritikan berterusan Muhyiddin sekitar kontroversi itu 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno.

Nazri yang juga menteri pelancongan bagaimanapun berkata Muhyiddin bebas berkata apa yang beliau mahu.

“Ini negara bebas,” katanya ketika ditanya sama ada Muhyiddin patut menutup mulut.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In