Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin Umno 'sahkan' gerakan singkir Muhyiddin
Diterbitkan:  Oct 28, 2015 11:57 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunus “mengesahkan” wujud gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan gunting dalam lipatan parti itu.

Beliau mendakwa lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup untuk menyingkirkan Muhyiddin dan kumpulannya, lapor sebuah harian berbahasa Melayu.

“Kalau saya di tempat perdana menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai timbalan presiden Umno malah ahli Umno,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian .

Jamal bagaimanapun dilaporkan tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media.

“Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti,” katanya.

Sinar juga difahamkan, kempen itu kini dikongsi meluas di Internet, melalui aplikasi Instagram.

Laman sosial Johor Bangkit mendakwa 140 ketua bahagian Umno bersetuju menyingkirkan Muhyiddin.

Laman sosial itu turut mendakwa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Oktober ini dibatalkan untuk membeli masa supaya mereka dapat mengumpulkan lebih ramai ketua bahagian bagi menjayakan komplot itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS