Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin Umno sahkan wujud gerakan singkir Muhyiddin
Diterbitkan:  Oct 28, 2015 11:57 AM
Dikemaskini: 4:01 AM

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.

“Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian .

Beliau berkata, lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya yang disifatkan sebagai kelompok gunting dalam lipatan.

Akhbar itu juga melaporkan beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Instagram.

Laman sosial Johor Bangkit, misalnya mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas timbalan perdana menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.

Jamal berkata gelagat Muhyiddin adalah punca ahli Umno mahu beliau disingkirkan dari parti itu, walaupun Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan agar pucuk pimpinan parti mengambil tindakan disiplin.

Bekas timbalan perdana menteri itu dikatakan amat lantang membidas syarikat pelaburan negara 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini sarat hutang.

Sabtu lalu, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan keras menggesa pemimpin Umno supaya tidak menjadi pengecut kerana tidak bersuara semasa negara menghadapi krisis.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS