Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kinabatangan
Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang ketika menyeberangi Sungai Segaliud di Kinabatangan semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemidian Majid berkata lelaki itu dikenali sebagai Zainal Lulung, 48.
Menurut Rosemidian, dua anggota bomba bersama sebuah kenderaan utiliti pergi ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima pangggilan pada pukul 7.56 malam.
Operasi yang turut dibantu penduduk kampung ditangguhkan pada pukul 11.31 malam dan disambung semula pada jam 7 pagi ini, kata beliau ketika dihubungi Bernama.
- Bernama
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.