Najib bukan pemimpin kuku besi, kata Shahidan

   

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan pemimpin kuku besi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ini, katanya, adalah kerana perdana menteri tidak pernah bertindak di luar batasan kuasanya.

"Kenyataan menyatakan Najib sebagai kuku besi merujuk kepada beberapa tindakannya. Tetapi sebagai perdana menteri, beliau berhak berbuat demikian.

"Itu hak beliau. Setakat ini, beliau lakukan dengan adil," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan Human Rights Watch (HRW) yang mendakwa Malaysia mula menjadi negara polis.

Dalam laporannya, HRW menuduh Najib memungkiri janji bagi menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi tetapi sebaliknya menggunakan undang-undang terlalu kabur serta luas perkataannya bagi ‘mengganggu, menyiasat dan menahan’ individu yang bersuara secara aman.

Laporan setebal 145 halaman berjudul "Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia" didedahkan semalam dan ia mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang yang menjenayahkan’ hak bersuara semasa pentadbiran Najib.

Laporan itu dikeluarkan menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia bulan depan, dengan harapan washington akan mendesak perdana menteri melakukan pembaharuan terhadap undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In