Kerajaan timbang haramkan penggunaan vape - menteri
Diterbitkan: Oct 28, 2015 6:00 PM | Dikemas kini: Oct 28, 2015 6:03 PM
Kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Katanya kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan.
“Kita (kementerian) jangkakan pelbagai akta boleh diguna pakai di bawah kementerian tertentu dan kita akan pilih akta yang bersesuaian.
“Penggunaan vape ini perlu dihentikan penggunaannya sebelum ia menjadi suatu masalah yang lebih besar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.