BN yakin akan menang dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan pembentangan belanjawan yang baik dan perancangan masa depan kukuh.

“Kita yakin kita boleh kekalkan kerajaan persekutuan. Kita ada dua tahun.

“Dengan belanjawan sedia ada, Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) pada 2016.

“Kita ada banyak perkara baik untuk diperkatakan kepada rakyat negara ini,” kata Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Najib membentangkan belanjawan 2016 di parlimen Jumaat lalu bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”.

Beliau bagaimanapun terus diselubungi kontroversi kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Selepas pembentangan belanjawan itu minggu lalu, pembangkang terus mengasak isu itu dengan mempamerkan plakad bertulis “mana 2.6 bilion” di dalam Dewan Rakyat.