Jazlan: Kenapa tak tumpu hak asasi di S'pura?

   

Laporan prestasi hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) terhadap Malaysia berat sebelah secara secara politik, dakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Katanya, negara lain seperti Singapura mempunyai undang-undang lebih ketat tetapi tidak pun diteliti.

“Singapura masih ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi HRW tidak tumpu pada Singapura seperti mereka tumpu pada Malaysia,” kata anggota parlimen Pulau itu.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, Nur Jazlan berkata terdapat “sebab-sebab politik” dalam kes itu.

Semalam, HRW mengeluarkan laporan 145 halaman berjudul “Mewujudkan budaya ketakutan: Penjenayahan hak bersuara secara aman di Malaysia” di Kuala Lumpur.

Ia antaranya menyebut Datuk Seri Najib Razak mewujudkan kekangan terhadap penentangnya, yang mengakibatkan budaya ketakutan, walaupun tampil dengan janji perubahan di peringkat awal.

Laporan kumpulan pemantau antarabangsa itu mengesyorkan penambahbaikan terhadap lapan undang-undang serta pemansuhan Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.