Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP mungkin akan bertanding di lapan kerusi PAS dalam pilihan raya umum akan datang dan sudah bersedia ke arah itu, kata setiausaha publisitinya Tony Pua.

Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

“Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Kerusi-kerusi ini dipilih kerana kami percaya jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kami dapat menang, yang mana tidak akan menjejaskan cita-cita Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan di Selangor,”

Keputusan lanjut bagaimanapun akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor, melibatkan DAP, PKR dan AMANAH.

PAS tidak bergabung dalam Pakatan Harapan tetapi menegaskan masih bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

DAP dan PAS sebelum ini bersekutu dalam Pakatan Rakyat tetapi hubungan itu tidak dapat kekal lama setelah perbalahan berterusan, terutamanya dalam isu langkah pelaksanaan hudud di Kelantan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS