Dr Mahathir cetus kontroversi, kata bos 1MDB

Geraldine Tong        

Isu 1MDB mula dipertikaikan ramai selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan "kehilangan" dana bernilai RM42 bilion, kata presiden agensi pelaburan berkenaan Arul Kanda Kandasamy.

Menurut beliau, bekas perdana menteri itulah yang menjadi pencetus utama kontroversi 1MDB<

"Isu terbesar (muncul) apabila Dr Mahathir mula mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan RM42 bilion," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Walaupun ada banyak faktor lain, kata Arul Kanda, isu berkenaan menjadi "sangat kontroversi" selepas perdana menteri keempat Malaysia itu - serta beberapa individu lain - mengkritik 1MDB.

"Apabila Dr Mahathir dan yang lain-lain yang sebelum ini ada kaitan dengan kerajaan memulakan kritikan, maka isu ini menjadi sangat kontroversi," katanya.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In