Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cerita Soi Lek mungkin 'bayangan' RM2.6b dibelanja
Diterbitkan:  Oct 31, 2015 7:48 PM
Dikemaskini: 11:54 AM

Bekas Presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek mendedahkan sedikit maklumat mengenai dana RM2.6 bilion - yang dimasukkan ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak - mungkin dibelanjakan.

Dalam temubual dengan cari.com.my, Dr Chua berkata Najib berjanji menyalurkan dana kepada parti komponen dalam gabungan itu.

Katanya, janji itu dibuat perdana menteri dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.

"Saya mesti akui, ketika mesyuarat Majlis Tertinggi BN menjelang PRU pada 5 Mei, beliau (Najib) atas kapasiti sebagai perdana menteri dan Pengerusi BN, mendedahkan BN akan menyokong kewangan parti komponennya.

"Saya sangat ingat, saya adalah orang pertama berterima kasih kepada beliau.

"Say katakan selepas menyertai politik lebih 20 tahun dan melalui lima PRU, (kami) tidak pernah menerima satu sen pun daripada BN sebelum ini.

"Justeru, semua orang bersetuju dan berterima kasih kepada beliau. Apabila PRU tiba, dia menunaikan janjinya - beliau menyalurkan dana (kepada parti komponen)," katanya dipetik laman web berkenan.

Ditanya sama ada Dr Chua yakin wang itu adalah untuk PRU semata-mata, bekas Ahli Parlimen Labis itu berkata, dia tidak pasti.

"Tentulan jika ada sebahagian daripadanya tidak digunakan untuk PRU, tiada sesiapa tahu.

"Sebab itu kita perlu menunggu siasatan dilengkapkan," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS