Kit Siang tak yakin undi tak percaya akan berjaya

Zikri Kamarulzaman        

Parlimen tidak lama lagi bakal mengundi mengenai Bajet 2016, satu acara yang boleh menentukan nasib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, tokoh parlimen veteran pembangkang Lim Kit Siang tidak begitu yakin bahawa bajet itu akan ditolak, dan beliau juga tidak yakin undi tidak percaya yang dibentangkan oleh pembangkang akan berjaya.

"Saya tidak yakin mengenainya. Saya tidak fikir ia mungkin [...] tetapi kita harus meninggalkan kemungkinan (berjaya) secara terbuka," katanya kepada Malaysiakini di pejabatnya di ibu pejabat DAP pada Jumaat.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata peluang untuk menggagalkan bajet adalah tipis kerana angota parlimen parti pemerintah seperti tidak mungkin untuk mengundi blok pembangkang," katanya.

Lim juag tidak boleh mengundi menolak bajet atau usul undi tidak percaya kerana digantung daripada Parlimen selama enam bulan kerana didakwa menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tetapi sekiranya Najib terlepas daripada dua cabaran ini, Lim berkata ia tidak bermakna beliau akan selamat kerana ada perkara lain untuk menggulingkan Najib termasuk melalui dalaman Umno.

MP Gelang Patah itu berkata apa yang penting tekanan terhadap Najib masih kekal.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In