PARLIMEN l Kerajaan tidak menganugerahkan kontrak untuk menguruskan 1.5 juta pekerja Bangladesh datang ke Malaysia kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Charles Santiago (DAP-Klang), Zahid mengesahkan bahawa kerajaan tidak melantik Real Time Networking Sdn Bhd untuk membawa masuk pekerja berkenaan seperti dinyatakan.

"Kerajaan tidak melantik Real Time Networking untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh seperti yang dinyatakan,” kata Zahid selaku Menteri Dalam Negeri.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan sedang meneliti mekanisme baru untuk menguruskan pengambilan pekerja asing tanpa penglibatan orang tengah.

“Mekanisme baru kelak akan turut mengelakkan penglibatan orang tengah dalam urusan kemasukan pekerja Bangladeshke negara ini kerana ia dicadangkan untuk dilaksanakan secara atas talian 9online),” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri sedang berunding dengan Synerflux Sdn Bhd berhubung satu sistem pengurusan.

[Baca berita penuh]