NGO pertikai dana universiti yang dikait dengan Taib
Beberapa NGO menuntut Universiti Adelaide, Australia mendedahkan kutipan dananya yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.
Ini susulan pendedahan mendakwa sumbangan Taib sebelum ini bernilai A$400,000 (RM1.2 juta).
NGO Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) berkata, Akta Kebebasana Maklumat yang dimohon oleh seorang anggota parlimen Australia Mark Parnell telah memaksa universiti itu mendedahkan sumbangan antara 1987 hingga 2006.
“Kertas baru yang baru terdedah menunjukkan universiti secara aktif mengutip dana dengan ketua menteri Sarawak ketika itu dan membantu menyembunyikan sumber dana itu.
“Atas permintaan Taib, universiti itu secara terbuka menyebut bahawa sumbangan dibuat oleh Alumni Sarawak,” dakwa BMF dalam kenyataan bersama sebuah badan Australia Bob Brown Foundation.
Kenyataan bersama itu juga menyebut sebahagian sumbangan itu disalurkan ke Pusat Undang-undang Persekitaran Universiti Adelaide.
“Pada 1994, universiti itu menganugerahkan Taib PhD kehormat,” menurut kenyataan itu.
Universiti itu kini berdepan gesaan supaya telus berkaitan hubungannya dengan Taib, yang kini yang dipertua negeri Sarawak.
Malaysiakini sudah menghubungi universiti itu dan menunggu reaksi mereka berhubung dakwaan itu.

