Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 7 Januari untuk mendengar merit permohonan BERSIH untuk mengetepikan pengharaman perkataan “BERSIH 4” dalam himpunan mereka Ogos lalu.

Selepas pengurusan kes hari ini, hakim Azimah Omar diputuskan akan mendengar kes itu, kata peguam New Sin Yew kepada Malaysiakini .

“Mahkamah juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDB) menjawab afidavit BERSIH sebelum 23 November,” katanya.

Pada 27 Ogos lalu, KDN mengisytiharkan perkataan BERSIH 4 dilarang dan perkara itu sudah diwartakan.

Susulan itu, polis memberi amaran menahan pihak yang memakai pakaian bertulis perkataan itu dalam himpunan besar 29 dan 30 Ogos.

Perhimpunan itu bagaimanapun berjaya mengumpulkan lautan manusia yang menunjukkan kemarahan mereka kepada pentadbiran negara.

Tangkapan dibuat di Melaka melibatkan 12 orang susulan kemeja-t yang dipakai mereka.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS