Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Disember menetapkan tarikh 1 Disember untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk membuang sebahagian pembelaan pemilik Media Rakyat Chan Chee Kong dalam kes saman fitnah perdana menteri.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera juga menetapkan tarikh sebutan untuk saman terhadap Chan dan anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua itu.

Hakim menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas ia pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Pua untuk mengetepikan saman Najib.

Peguam Gobind Singh Deo berkata pendengaran untuk mengetepikan saman itu tidak dapat dibuat hari ini memandang mahkamah masih menunggu keputusan berhubung locus standi (kedudukan undang-undang) dalam kes itu.

“Kami mohon mengetepikan saman itu atas alasan lokus standi yang mana Najib sebagai PM harus terbuka kepada kritikan,” katanya.

Peguam Najib bagaimanapun berhujah saman itu dibuat atas kapasiti peribadi.

[Baca berita asal]