Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu 1MDB tak beri kesan kepada pelaburan asing - Najib
Diterbitkan:  Nov 2, 2015 12:56 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Isu 1MDB tak beri kesan kepada pelaburan asing, kata Najib

PARLIMEN Isu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan asing ke Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah menurut beliau, jumlah pelaburan asing sebenarnya telah meningkat.

"Isu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan ke Malaysia, malah perangkaan terkini menunjukkan para pelabur masih mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia yang mapan," kata Najib dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan.

Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Khamis lalu, beliau berkata, Malaysia menerima sebanyak RM22.4 bilion dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada separuh pertama 2015, berbanding RM17.5 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Najib juga memaklumkan pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) juga menunjukkan peningkatan sebanyak RM1.5 bilion kepada RM113.5 bilion bagi separuh pertama 2015.

Menurut Najib, mereka adalah pelabur jangka panjang yang mengambil kira prospek perkembangan ekonomi negara secara menyeluruh. Ini termasuk asas makroekonomi yang kukuh seperti kadar pengangguran yang rendah , tabungan negara yang tinggi, rizab antarabangsa yang mencukupi dan hutang negara yang terkawal.

Beliau berkata demikian ketika menjawap soalan Datuk Abd (BN-Bandar Kulim Baharu) yang meminta reaksi kerajaan dalam isu 1MDB yang telah menjadi perbualan di peringkat antarabangsa dan langkah yang diambil dalam usaha menyampaikan maklumat sebenar mengenai 1MDB bukan sahaja kep[ada rakyat malah kepada dunia keseluruhan.

Beliau juga ingin tahu sama ada isu 1MDB yang melanda negara ketika ini memberi kesan kepada kemasukan pelabur asing ke negara ini.

“1MDB telah dan sentiasa mengambil langkah proaktif dengan memperkukuhkan lagi aliran maklumat di antara 1MDB dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

“Unit Komunikasi Korporat 1MDB dan media respons teams daripada pihak kerajaan sedang bekerjasama rapat bagi menjadi lebih proaktif di dalam menangani cabaran-cabaran yang mendatang.

“Selain itu, 1MDB melalui laman webnya juga sentiasa mengemas kini fakta-fakta berkaitan 1MDB bagi mengelakkan kekeliruan dan spekulasi yang tidak benar,” kata Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS