Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak perlu untuk mengangkat sumpah kerahsiaan.

Ini kerana, mereka telahpun mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen, kata Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin hari ini.

"Perkara pertama yang saya tekankan, ahli PAC tidak perlu mengangkat sumpah. Sebagai ahli parlimen dah angkat sumpah (di) Parlimen," katanya pada sidang media selepas pertemuan pertama mesyuarat PAC, hari ini, selepas tertangguh hampir empat bulan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya anggota PAC mengangkat sumpah kerahsiaan bagi mengelak sebarang maklumat bocor daripada jawatankuasa parlimen itu.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS