Kenapa Mahathir 'keliru' dalam isu sabotaj negara?

   

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kenapa beliau “keliru” dengan tuduhan bahawa bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

Mahathir berkata, ketika Khairuddin berdepan penjara 15 tahun jika bersalah, akhbar asing lama sebelum itu sudah melaporkan “tipu helah” berkaitan pelaburan 1MDB.

Malah, kata Mahathir, laporan itu begitu teliti termasuk menyatakan apa dan siapa terlibat sehingga diketahui di seluruh dunia.

“Tetapi jika tiada 1MDB dan tiada 42 bilion ringgit dipinjam, akhbar tidak akan dilapor dan tidak akan ada laporan polis.

“Adakah laporan akhbar ini tidak dikira sabotaj?” soal Mahathir dalam blognya hari ini.

Beliau juga berkata 1MDB boleh menjual tanahnya yang dibeli dengan nilai RM60 sekaki persegi daripada kerajaan dengan nilai 5,000 peratus lebih mahal dan membayar hutang.

Bagaimanapun, realitinya jika 1MDB tidak ditubuhkan, sejumlah besar wang yang dipinjam “tidak akan hilang”.

Untuk itu, 1MDB dan pihak bertanggungjawab mesti didakwa atas tuduhan salah guna sistem perbankan dan kewangan, kata Mahathir.

“Pencipta 1MDB dan pengurus-pengurusnya adalah orang yang mensabotaj negara ini, yang sebelum ini mempunyai rekod pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik,” kata Mahathir.

Justeru, kata Mahathir, “oleh kerana Najib yang mencipta 1MDB, pinjam RM42 bilion dan lapor dan hilangkannya, Najib juga patut didakwa kerana mensabotaj”.

“Atau semua orang, daripada penubuhan awal 1MDB hingga pinjaman, kepada pemberita akhbar dan laporan polis kesemuanya patut didakwa mensabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia,” kata Mahathir.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In