RTM cadang debat Pua-Arul pada Jumaat malam
Debat yang dinanti-nantikan antara pengkritik lantang 1MDB Tony Pua dan presiden syarikat itu Arul Kanda Kandasamy mungkin berjaya disiarkan secara langsung di televisyen Jumaat ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata saluran rasmi kerajaan RTM mencadangkan ia diadakan pada 6 November pada jam 9 hingga 10 malam.
Salleh berkata pengendali untuk acara itu akan dilantik, lapor Malay Mail Online.
Ketika dihubungi, Pua berkata akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu hari ini.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.