Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3000 bekas kakitangan MAS buat aduan dihentikan

Hampir 3,000 bekas kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) memfailkan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan atas alasan mereka diberhentikan secara tidak wajar.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu) Abdul berkata, aduan terakhir difailkan pada Jumaat lalu, memandangkan pekerja berkenaan mempunyai 60 hari untuk berbuat demikian selepas tarikh penamatan yang berkuat kuasa pada 1 September lalu.

"Jika anda failkan selepas 60 hari, ia akan menjadi aduan biasa. Untuk mendapatkan pampasan, aduan hendaklah difailkan dalam tempoh 60 hari," kata Malek.

Sebahagian besar pekerja membuat aduan bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan tanpa mengikut prosedur yang betul.

"Oleh kerana ini adalah skim pengurangan pekerja, syarikat itu sepatutnya mengikut sistem LIFO iaitu kakitangan yang terakhir diambil bekerja akan menjadi yang pertama dihentikan. Sebaliknya, syarikat memilih pekerja yang mereka mahu tamatkan perkhidmatannya.

"Oleh kerana MAS tidak mengikut prosedur LIFO, pekerja berhak mendapat pampasan," kata Malek.

Menurutnya, para pekerja juga tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang ditawarkan kerana ada yang sepatutnya menerima pampasan gaji satu setengah bulan bagi setiap tahun perkhidmatan tetapi hanya menerima 0.55 bulan gaji.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS